Assalammuaaikum,
Hari ni ZT Zeal nak kongsi tentang 3 jenama tudung yang sedang Meletopps di pasaran, iaitu tudung Fareeda, Neelofar dan Sugarscarf. 3 Tudung ini juga bagi ZT Zeal ada kualiti dan rekaanya nya tersendiri. Oleh itu, mereka mempunyai loyal customer yang sentiasa support produk mereka. Ada juga jenama tudung lain yang juga hangat di pasaran, tetapi bagi ZT Zeal 3 jenama tudung ini yang paling ZT Zeal gemari.
Tudung Fareeda
Mawar Karim adalah pengasas kepada tudung Fareeda. Mawar juga adalah isteri kepada Fizo Omar, Artis. ZT Zeal masih ingat lagi, masa mula2 tudung Fareeda ni nak naik, tak ada lagi rekaan seperti tudung Fareeda waktu itu. Oleh itu tudung Fareeda menjadi satu fenomena baru bagi fesyen tudung waktu itu, Selepas keluaran fesyen tudung Fareeda, banyakla pengeluar2 tudung yang lain yang meniru rekaan tudung Fareeda. Masa tu, ramai yg kritik tudung Fareeda ni mahal, Mawar ni sombong la sebab nak saman2 orang. Bagi ZT Zeal, itu adalah hak die nak saman sebab bukan senang taw nak design tudung ni. Tapi fesyen ni mmg kita x boleh nak halang perkembangannya, memang sebagai pengeluar kita x boleh nak control perkembangan fesyen. Tapi Mawar ni ada stratergi pemasaran die tersendiri, walaupun banyak yg meniru rekaan die sampaila sekarang masih ada yang meniru, tudung Fareeda tetap ada keistimewaannya tersendiri dan kualiti kain yang bagus.
Tudung Fareeda Mahal? Ya, memang tudung dia mahal. Tapi itu adalah stratergi pemasaran die, Target customer tudung Fareeda adalah untuk yang mampu untuk beli tudung mahal. Maksud Zt Zeal adalah customer kelas atasan. x faham? okay, ZT Zeal bagi contoh, logik x kalau kereta BMW keluarkan kereta harga spt kereta proton/ produa? x logik kan? sebab target customer BMW adalah golongan kelas atasan, mereka tidak bermain dengan harga yang affordable, tetapi mereka mengutamakan kualiti dan sekiranya mereka keluarkan kereta affrodable kemungkinan mereka akan lost sales. Jadi, walaupun tudung Fareeda mahal, permintaan nya masih tinggi dan mash boleh sustain in market sampai sekarang sbb tudung Fareeda mempunyai target customer nya tersendiri.
Tudung Neelofar
Nama Neelofar, siapalah yang x kenal kan? ZT Zeal memang suka sangat dengan Neelofar ni. Cantik, lembut je tengok, lepas die pakai tudung lagi ZT Zeal suka. Neelofar telah mencetuskan fenomena baru instant shawl. Idea die mengahsilkan rekaan tudung instant shawl tu memang ZT Zeal salute! Sebab sebelum instant shawl neelofar keluar. peminat shawl ni sibuk duk melilit je, kalau yang x reti nak lilit tu, memang xkan pandai la nak lilit2 shawl sampai bila2. haha.. so tudung instant shawl ni memudahkan peminat2 shawl yang x pandai nak lilit2 ni. terus sarung, dah jadi.
Harga tudung Neelofar ni memang affordable . Tergolong dalam middle class price. Tapi harga tudung sebegini memang banyak competitor. Jadi untuk sustain in market, tudung Neelofar perlu ada keistimewaannya tersendiri sebab sekarang dah banyak kat pasaran yang ZT Zeal tengok yang serupa macam tudung Neelofar. ZT Zeal doakan Neelofar terus maju!
Tudung Sugarscarf
Pemiliknya adalah Eyqa Sulaimain. Sugar scarf ni seingat ZT Zeal start dengan online. lama kelamaan mendapat tempat dalam pasaran fesyen tudung. ZT Zeal paling suka dengan rekaan Madison. Buat muka nampak kurus dan sweet je kepada sesiapa yang memakainya.
Kontroversi Neelofar tiru rekaan madison by Sugarscarf? haha.. mcm ZT Zeal cakap, perkembangan fesyen ni x boleh di halang. Memang akan ada yang meniru punya, kat pasar malam tu banyak sangat dah rekaan Madison yang ZT Zeal tengok. Cuma pengeluar kena pandai la cari startergi nak kekal dalam pasaran. Bagi ZT Zeal, kontroversi tu membuat kan market tudung Sugarscarf lagi meletops! kalau xde kontroversi tu, ZT Zeal x tahu pun pasal fesyen Madison tu.. hehe.. Korang perasan x, artis paling kontroversi tu la yang selalunya paling popular? paling orang kenal? sama la juga dengan kes ni. hehe..
Harga tudung Sugarscarf juga dalam kategori affordable. Kalau masa musim promosi tu lagi boleh dapat murah!
Tudung Zt Zeal!!!
Tudung Zt Zeal? haaa... ZT Zeal harap, tudung keluaran ZT Zeal nanti juga akan meletopsss!! sebab ZT Zeal pun ada rekaan dan kualiti tersendiri. Walaupun bisnes tudung ni memang dah banyak orang buat tetapi kalau dah jualan yang libatkan perempuan yang disifatkan suka membeli ni, so market besar. Perempuan ni kalau boleh setiap baju nak ada match dengan tudungnya. Lagi2, kalau ada fesyen baru, memang perempuan ni xkan terlepas untuk membeli. Jadi, ZT Zeal xkan lepaskan peluang ni.. tunggu taw keluaran ZT Zeal.. :)
Okay... sampai sini sahaja. Banyaknye ZT Zeal membebel.. harap korang sume suka dengan penulisan ZT Zeal.. Thank you. :)
No comments:
Post a Comment