Thursday, 15 October 2015

Tips beli tudung dan jubah online: Kenali jenis kain sebelum beli!

Assalammualaikum,

Hari ni Zt Zeal nak share jenis2 kain untuk shawl dan jubah. Sekarang ni, jenis kain yg paling popular adalah chiffon dan crepe. Tetapi terlalu banyak jenis chiffon di pasaran, ada yang kasar dan jarang, ada yang lembut dan tak jarang. Harga pun lain2 mengikut kualiti chiffon tersebut. Sama juga dengan kain crepe, ada yg tebal, ada yg nipis, ada yang senang bentuk dan ada yang stretchable. Oleh itu, sebelum beli tudung online, anda bolehla tanya seller tu dulu, "jenis kain ape?"  Bila dah ada knowledge tentang kain, anda akan puas hati dengan barang yang anda beli kerana bila anda beli online anda tidak dapat merasa tekstur kain tersebut. Zt Zeal akan terangkan dua jenis kain yang paling popular sahaja iaitu chiffon dan crepe.


Chiffon



Chiffon ada dua jenis yang asas, iaitu silk chiffon or nylon chiffon. Silk chiffon diperbuat dengan bahan semula jadi seperti cotton or silk. Nylon chiffon pula diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester.Oleh itu, silk chiffon lebih mahal dan lembut berbanding nylon chiffon.

1.  Silk Chiffon

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. K
adar kandungan komposit silk/kapas dalam fabric ni adalah 100%.  Kain ni  boleh dikatakan sgt lembut and delicacy gives it an extra comfort for all types of fashion wears.

2. Nylon chiffon 

Nylon chiffon lebih murah berbanding silk chiffon.Nylon chiffon boleh hand washed berbanding silk chiffon hanya boleh dry cleaned sahaja. Nylon chiffon lebih tahan lama dan x mudah koyak berbanding silk chiffon. Kebanyakan di pasaran sekarang seperti shawl adalah diperbuat daripada nylon chiffon kerana ia lebih tahan dan mudah di jaga.


3. Chiffon Georgette (customize chiffon)
Kain ini adalah gabungan kain chiffon dan georgette. Chiffon  jenis ni biasanya digunakan sebagai lining kepada chiffon silk tapi ada sesetengah butik yang kurang arif ttg jenis kain akan konfius antara georget dan silk… So berhati2 bila butik kata chiffon silk, pegang dan sentuh kain itu… chiffon silk sgt lembut manakala georrgette agak keras dan berat. Banyak instant shawl menggunakan chiffon georgette dan harganya lebih murah berbanding chiffon jenis lain.
4. Heavy chiffon (customize chiffon)
Heavy chiffon adalah kegemaran Zt Zeal! hehe.. Heavy chiffon juga salah satu jenis polyester chiffon tetapi ia kurang jarang berbanding jenis chiffon yang lain. Tekstur kainnya juga lembut dan beralun tetapi berat sesuai dengan namanya heavy chiffon. Ia juga sesuai untuk shawl dan jubah. Hujung tahun ni, Zt Zeal akan launch produk Instant Shawl yang menggunakan material ini. yeaayy! so happy.. haha.. :)



Sebenarnya ada banyak lagi jenis chiffon. Ada juga chiffon yang telah di 'customize' kan oleh pengilang berdasarkan permintaan pengguna seperti chiffon georgette dan heavy chiffon. Tetapi, 4 jenis chiffon yang saya nyatakan tadi adalah yang basic dan paling popular di pasaran.   


Crepe
Sejenis kain  lembut dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Kian crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk,kain yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Kain crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti mousse, poly crepe, satin. Kain ini juga lebih mahal berbanding nylon/poly chiffon.



1. Mousse crepe

Kain jenis ini tidak jarang seperti chiffon. ia juga seakan stretchable. kalau dibuat jubah kain ini akan sedikit melekat di badan. Kain jenis ini lebih tebal dan lembut. Sesetengah pembeli kurang gemar dengan kain ini sebagai shawl kerana materialnya yang agak tebal. Kebaikannya ialah ia senang dibentuk bila dibuat sebagai instant shawl. 

2. Poly crepe

Poly crepe ini lebih kasar berbanding mousse crepe. Lebih sesuai dibuat jubah berbanding mousse crepe kerana ia tidak melekat. Kain ini juga senang dibentuk.


3. Satin crepe




Perbezaan satin crepe dengan poly dan mouse crepe adalah ia lebih berkilat dan lebih licin seperti satin. kainnya juga tebal dan tidak melekat sesuai dan catik jika dibuat jubah.

Okay.. untuk kain crepe, 2 jenis kain ini adalah yang paling popular di kalangan penjual tudung/ jubah online. Zt Zeal harap perkongsian hari ni sedikit sebanyak dapat membantu anda membeli tudung/jubah online mengikut citarasa anda.

Thank you.. :)






No comments:

Post a Comment