Tuesday, 20 October 2015

Tips cantik Maya Karin: Bahan semula jadi dari dapur!




Assalammualaikum,

ZT Zeal tengah buat research tentang bahan semula jadi untuk kesihatan kulit muka untuk produk ZT Zeal akan datang. Semasa buat research, ZT Zeal terjumpa satu artikel tips kecantikan Maya Karin yang juga menggunakan bahan semula jadi. Oleh itu, ZT Zeal rasa baik juga share dengan anda kan? sharing is caring. :)

Nama Maya Karin dalam industri seni sudah tidak asing lagi. Siapa yang x kenal Maya Karin yang berdarah kacukan Melayu-German? Namanya makin dikenali selepas lokonannya dalam filem pontianak harum sundal malam dan filem terbaru lakonannya Juwanita. Bukan sahaja berbakat, Maya juga diantara selebriti2 wanita yang terkenal dengan kecantikannya.

Walaupun umur Maya sudah mencecah 36 tahun, wajahnya masih seperti 20an. Oleh itu, ramai produk2 berjanama mengambil Maya sebagai duta. ZT Zeal berangan nak ambil Maya sebagai duta produk ZT Zeal nanti. In future.. insyaAllah.. Murahla rezeki ZT Zeal.. Aminnn.. hehe.


SIHAT ITU CANTIK

Maya mengatakan sihat itu adalah cantik. Kalau kita demam contohnya, muka akan nampak lesu dan pucat. Jadi, untuk cantik anda perlu menjaga kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan sihat.


CANTIK DENGAN SUPPLEMENT/ BAHAN SEMULA JADI




Terdapat berbeza pendapat tentang supplement dan bahan semula jadi. Contoh supplement adalah vitamin. Kalau ke farmasi, terdapat bermacam2 produk vitamin. Vitamin yang paling popular adalah Vitamin C dan Vitamin E. Dua vitamin ni adalah selalu dikaitkan dengan kecatikan kulit. Tetapi, sebelum anda membeli vitamin, pastikan anda tahu source vitamin tersebut. Ada vitamin dari bahan semula jadi, ada juga synthetic. Sebaik2 nya sebelum beli anda buatlah research dahulu tentang produk tersebut, dan dapatkan nasihat doktor.

Barbalik kepada Maya, menurutnya dia tidak mengambil sebarang supplement melainkan mengamalkan minuman jus buah tanpa gula. Maya mengisar buah-buahan sendiri dan minum setiap pagi. Contoh buah-buahan adalah, buah oren, epal, strawberry, tembikai dan lain2.

Tetapi, ZT Zeal ada pendapat sendiri tentang jus buah. Ada proven reserach claimed that lebih baik kita mngunyah buah/memakan buah berbanding minum jus buah. Kenapa? sebab bila kita makan buah, enzym2 yang terdapat dalam air liur akan membantu mencernakan buah2 tersebut dan menggalakkan penyerapan khasiat2 dalam buah. Sekiranya kita minum, x sempat nak cerna segala khasiat dah melalui usus dan ini mengurangkan penyerapan khasiat.


TERUS MINUM AIR KOSONG SELEPAS BANGUN TIDUR!



Jadikan air kosong sebagai teman sejati anda! Itulah yang di amalkan oleh Maya. Banyakkan minum air dalam aktiviti harian anda. Sekurang2 nya 7 gelas air satu hari. Dan tips paling penting! Selepas anda bangun pagi pastikan anda terus minum air kosong at least 500ml (botol air mineral saiz kecil). tetapi.... sebelum tidur, pastikan anda gosok gigi/ bersihkan gigi dahulu. Kalau tak.. minum taik gigi la jadiknye.. haha..! Bukan sahaja Maya, ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW. Dari segi saintifik nya, bila anda tidur 6-8 hours, anda tidak minum, tidak makan. sel2 badan perlukan 'boost' bila anda bangun pagi. Sekiranya anda mengamalkan habit ini, ia akan meningkatkan metabolism, membuang toxin, merangsang kecergasan otak.


ANTI- JERAWAT DARI DAPUR?!!



Jerawat adalah musuh utama wanita. Lagi2 bila tengah datang 'bulan'. tiba2 je naik 2,3 bijik. Benci taww.. haha.. bila jadi camni, anda perlukan rawatan yang cepat, dan yang paling bagus, bahan ni boleh ambil dari dapur sahaja. Nak taw ape? haa.. bahan asasnya adalah KUNYIT. Paling bagus kalau anda ade kunyit hidup. Kalau xde, kunyit serbuk adabi pun boleh.. caranya seperti berikut;

1) ambil 3 sudu kecil kunyit serbuk/ tumbuk kunyi hidup sebesar ibu jari tangan.
2) campurkan dengan perahan air lemon/ limau nipis. (sebaik-baiknya lemon). Separuh lemon sudah memadai.
3) Sekiranya anda ada Tea Tree essential oil, anda boleh campurkan 3 titik ke dalam campuran kunyit dan lemon.
4) Campuran tadi akan sedikit cair. Sekiranya anda lebih suka ia lebih pekat, and boleh campurkan dengan dua sudu besar madu tulen.
5) Sapukan adunan tadi pada kulit muka seperti mask. Anda boleh lakukan 2 kali seminggu.




KEBAIKAN KUNYIT




Kunyit mengandungi photochemical iaitu curcumin. Ia boleh mengurangkan kemerahan jerawat dan merawat jerawat. Kunyit juga mengandungi anti-oksidan yang boleh mngurangkan kedut atau garis2 halus pada kulit muka.


KEBAIKAN TEA TREE ESSENTIAL OIL




Tea tree leaves mengandungi anti-bacterial yang sangat baik untuk merawat jerawat. Tea tree essential oil boleh di dapatkan di body shop. Harganya agak mahal, tetapi berbaloi untuk merawat jerawat. Kesannya juga cepat, jerawat akan kering dan tidak meninggalkan parut hitam.


KEBAIKAN MADU



Madu is one of the most powerful skin treatment. Mengandungi anti-oksidan dan anti bakteria. Ia boleh merawat luka, bintik2 merah dan juga jerawat. Selain itu, madu juga melembabkan kulit muka anda.


Okay.. rasanya banyak tips kecantikan yang ZT Zeal share dengan anda dalam post kali ini.. ZT Zeal sentiasa utamakan bahan semula jadi dan ZT Zeal percaya dengan keberkesanan bahan semula jadi. Tetapi, setiap orang ada pendapat sendiri kan.. Apa2 pun, be happy and be beautiful.. Thanks :)


No comments:

Post a Comment