Assalammualaikum semuaaa!
Lamanya tak tulis blog. ZT Zeal busy sangat dengan
production instant shawl yang akan launch bulan 12 nanti. Mana tak, Isnin
hingga Jumaat kerja macam biasa kat ofis. Balik malam, kadang2 petang tu dah
pergi jumpa supplier discuss production dan design hijab. Hujung minggu memang tumpu
kat business hijab ni jelah. Baru ZT Zeal tahu, its not that easy to start a
business. “A successful business starts before there is a business”- Robert T.
Kiyosaki. So.. paling penting ialah proper planning! Harapnya semua akan berjalan lancar nanti
ZT Zeal tengok ramai ladies2 yang suka nak lilit. Tapi bila
try sendiri x jadi, samalah mcm ZT Zeal. Kadang2 sampai berpeluh2 nak buat satu
style! Haha… ni la yang dinamakan Hijab Tak Bista!! Nak jadi Hijabista kena pandai sesuaikan gaya dengan jenis kain. Kalau jenis kain x kena, memang jadi HIjab Tak Bista! So keluaran Hijab ZT Zeal
nanti semuanya berkonsepkan instant shawl. Memudahkan muslimah untuk menutup
aurat tapi masih boleh bergaya dengan kemas macam Hijabista!
Ada 3 jenis lilit shawl Hijabista yang ZT Zeal nak share harini. Nama2
lilit shawl ni ZT Zeal reka sendiri je.. Tak Tahuah kalau ada nama lain. Picture2
ni ZT Zeal ambik di Mr. Google je.. Belum ada kudrat nak buat tutorial lilit hijab…
InsyaAllah nanti tudung ZT Zeal launch akan buat tutorial design sendiri.
1) Lilit jambul tepi.
Jenis lilit ni memang popular. Lagi2 kalau
nak pg majlis, Nampak ada ‘Style’.. Nak pakai pun x susah sangat. Material yang
paling best untuk lilit jenis ini adalah kain chiffon. Baru Nampak flowy, kalau
kain lain akan nampak x smooth.
2) Lilit belah kiri
Okay, yang ni pun memang
kegemaran hijabista! Nampak kemas, cuma lilit ni kena selalu praktis. Sebab
masa try lilit shawl jenis ni sampai berpeluh2 ZT Zeal.. hahah.. Nak ke ofis
abes lambat. So dinasihatkan kalau x biasa buat lilit ni, Jangan nak cuba2
kalau tengah nak rushing kemana2.. hehe.. Material yang sesuai untuk style ni
seperti biasa, chiffon or crepe.
3) Hana Tajima Style!
Yang ni pun ramai yang suka! Nampak
simple and stylo. Tapi x sesuai kain yang licin. Style lilit jenis ni elok kain
crepe, cotton or kain jenis tudung pashmina. Masalah nye nak buat style ni memang leceh.. kna banyakkan praktis dan kena sediakan banyak jarum.
Okay… cuba bayangkan. Jenis2 lilit ni, boleh jadi instant
shawl.. sarung terus jadi camni. Mesti bestkannn…?? Hijabista saanggatt taw.. Jadi, nanti kan keluaran ZT
Zeal Hijab! Design ZT Zeal ada kelainannya..Okay, Itu jelah nak kongsi hari
ni.. Ingat, jangan jadi Hijab Tak Bista taw.. hehe,, Next time kita borak lagi okay.. Bye!